Isnin, 5 Disember 2011

hanya kamu !!

Hati ini..
hanya Allah yang tahu..
Hati ini milik siapa..
Hanya Allah yang tahu dulu..

kadang..
Bila kita tengok sahabat sebaya kita dah berumahtangga.
dalam hati..teringin juga.
adakah jodohku pun awal?
Bila dengar berita mereka juga bakal mendapat cahaya mata.
Rasa..ingin pula ke arah sebuah perkahwinan.
Indahkan.

tapi apakan daya.
kita tak boleh samakan diri kita dengan orang lain.
mungkin jodoh kita lambat sedikit berbanding mereka.

begitu juga dengan ilmu,
kita tak boleh nak kata kita ini bodoh,dungu,lampi dan sebagainya
dan kita perlu usaha yang lebih ke arah kita
Rezeki kita lain-lain.
sebab itu pentingnya doa,

dalam setiap apa yang kita lakukan,
kita tak boleh fikir secara terburu-buru,
fikir secara rasional,
dalam membuat keputusan manusia sentiasa ada pilihan,
beristkharah lah ke arah keputusan yang maksimum.
kembalilah kepada Dia..
mengadulah kepada Dia..
Dia pasti akan membantu kita..

begitu juga,
manusia tidak pernah lari daripada perasaan hati,
kadang-kadang rasa gundah gulana, ragu-ragu, tak sedap hati..
jadi,.kembalilah kepada Dia..
berdoalah..bersolatlah padaNya.
Nescaya bila hatimu tenang,,itulah jalan yang terbaik buat kita.
dengan beroleh perasaan tenang itulah,lahirnya petunjuk Allah untuk kita.
dan petunjuk dari Allah itulah sebaik-baik dan setenang2 jalan kehidupan :)

:) semoga dipermudahkan :)

 kau ada???? :))

tq sbb sudi baca :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan